Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Halaman

Rabu, 7 September 2011

SEKOLAH AKADEMI ISLAM HAJI ABDULLAH SUBOH, HAKIKAT MASA KINI DAN SEJARAH PENUBUHANNYA


Latar Belakang Penubuhan Sekolah Menengah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh.

Cadangan untuk menubuhkan Sekolah Menengah di Sekolah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh telah diutarakan oleh Ustaz Haji Shahabudin di dalam satu mesyuarat Lembaga Tadbir pada 1 Mei 2008. Tujuan penubuhan Sekolah Menengah ini bertujuan untuk meneruskan pendidikan agama yang diajar di Sekolah Rendah ke peringkat yang lebih tinggi. Ini juga bertepatan dengan hasrat pengasas Sekolah Akademi Islam Hj Abdullah Suboh supaya pendidikan di SAIHAS bukan hanya sekolah rendah, tetapi pendidikan haruslah diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi  lagi.

Dalam perbincangan di peringkat Lembaga Tadbir, majoriti bersetuju untuk menubuhkan sekolah menengah dengan menggunapakai surat pendaftaran Sekolah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh. Memandangkan di kawasan ini kurangnya sekolah menengah yang berpendidikan agama, maka semua pihak bersetuju untuk menubuhkan sekolah agama di peringkat menengah.

Pada Januari 2009, sesi persekolahan peringkat menengah dimulakan dengan jumlah pelajar seramai 16 orang bagi Tingkatan 1 sahaja. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan di sekolah rendah memandangkan pembinaan bangunan sekolah menengah belum bermula. Pada pertengahan tahun 2009, pembinaan bangunan sekolah menengah dimulakan di tapak yang diwakafkan di Kampung Sintok Bugis sekitar 3 relung yang mempunyai 3 buah kelas dan 1 bilik guru serta pejabat.

Menjelang Januari 2011, Sekolah Menengah Akademik Islam Haji Abdullah Suboh (SMAIHAS) telah mempunyai 2 buah bangunan setingkat yang memuatkan 4 buah kelas, 1 buah asrama perempuan dan 1 buah bilik guru dan pejabat. Bilangan pelajar telah menjangkaui 80 orang yang terdiri daripada Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Pembangunan untuk SMAIHAS masih lagi diteruskan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat dikalangan masyarakat khususnya masyarakat setempat sekitar daerah ini.

Kemajuan di SMAIHAS tidak pernah terhenti dengan izin Allah Taala, pada pertengahan 2011 bangunan asrama pelajar lelaki siap dibina bersama kantin dan rumah warden yang bertanggung jawab mendidik mereka sepangjang masa selama mereka berada di asrama.

 Sebelum Idilfitri 2011, surau asrama dibina bersama stor simpan barang dan makmal bahasa. Sebaik sahaja semua ini disiapkan pengisian-pengisian pendidikan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Antara pengisian-pengisian yang dicadangkan untuk tahun 2011 dan akan datang ialah:
1- Kelas Tahfiz Sambilan Untuk Pelajar Asrama
2- Kelas Tahfiz-Sains (Mulai Tahun 2012 Bagi Pelajar Aktif)
3- Tonton Dan Fikir Setiap Hari Minggu
4- Kulliah Suboh
5- Kelas Kitab Jawi
6- Kursus Bahasa Arab (Untuk Calon Pelajar Tingkatan Satu Tahun 2012)
7- Kursus Bahasa Arab Lepasan STAM Selama 2 Bulan Sebelum Ke Mesir Atau Ke Mana-Mana IPT Dalam Dan Luar Negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Blogger Templates